Skip to main content

Had Masa bagi Tuntutan Sivil di Mahkamah

 Tuntutan sivil mempunyai had masa. Tidak semua tuntutan berkongsi had masa yang sama.

Saya berikan beberapa contoh di sini:

    ➤ A meminjam duit B dan memasuki satu perjanjian bertulis. Berdasarkan perjanjian tersebut, A perlu membayar wang tersebut pada 1/1/2022. A gagal bayar. Had masa tuntutan oleh B terhadap A adalah enam (6) tahun dari tarikh kemungkiran berlaku.

    ➤ A adalah penjawat awam. A telah dibuang kerja atas alasan yang tidak munasabah. A dimaklumkan pada 1/1/2022 bahawa beliau telah dibuang kerja. A mempunyai masa Sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemberhentian kerja dimaklumkan kepadanya atau makluman rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib ditolak (mana yang terkemudian) untuk memfailkan Semakan Kehakiman bagi mencabar pembuangan kerja tersebut.

    ➤ A memiliki satu hartanah. Hartanah tersebut telah diambil oleh kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 dan telah diberikan pampasan awal ketika pendengaran oleh Pentadbir Tanah. A tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang rendah. A mempunyai masa enam (6) minggu untuk memfailkan Borang N kepada Pentadbir Tanah agar rujukan dibuat ke Mahkamah Tinggi.

Tiga contoh di atas adalah sebahagian daripada pelbagai jenis tuntutan sivil lain yang mempunyai had masa yang berbeza juga.

Sekiranya tuntutan dibuat di luar had masa yang ditetapkan, anda tidak boleh sewenang-wenangnya membuat tuntutan melainkan mendapat kebenaran Mahkamah.

Tidak ada jaminan permohonan lanjutan masa akan dibenarkan. Tuntutan di luar masa juga boleh mengakibatkan kos tambahan. Oleh itu, berikan perhatian penting kepada had masa sekiranya anda ingin membuat sebarang tuntutan sivil.

Moga bermanfaat.

Sekiranya anda terlibat dengan kemalangan jalan raya dan ingin tahu jenis ganti rugi yang boleh dituntut, anda boleh membacanya di sini --- Jenis Ganti Rugi dalam Tuntutan Sivil akibat Kemalangan

Anda menerima surat tuntutan hutang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Anda boleh membacanya di sini --- Saya terima surat tuntutan hutang, apa perlu saya buat?


Penafian: Pengetahuan am ini tidak semestinya berjalan sepertimana yang dinyatakan di atas dan tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam anda yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...