Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Pengakuan Salah dalam Kes Jenayah

Anda telah dituduh untuk kes jenayah. Anda tidak mahu kes berlanjutan dan memakan masa yang lama. Anda memilih untuk membuat pengakuan salah pada hari pertama anda dituduh tanpa sebarang nasihat guaman. Anda terkejut dengan hukuman yang diberikan oleh Majistret atau Hakim sedangkan anda menganggap anda akan dikenakan hukuman yang minimal. Anda kini mahu merayu terhadap sabitan dan hukuman kes anda. Bolehkah anda berbuat demikian?   Tertuduh boleh mengaku salah pada bila-bila masa Hak pengakuan salah atau tidak bersalah adalah hak tertuduh sepenuhnya. Amnya, tidak ada yang menghalang tertuduh untuk membuat pengakuan bersalah pada hari pertama dituduh di Mahkamah walaupun tanpa kehadiran peguam.   Pengakuan salah Tanpa Syarat Walaubagaimanapun, sebelum Mahkamah merekodkan pengakuan tersebut, Mahkamah perlu memastikan tertuduh memahami kesan dan akibat pertuduhan keatasnya termasuklah hukuman yang boleh dikenakan keatasnya. Mahkamah juga perlu memastikan pengakuan ter...

Dilepas tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to Acquital) - DNAA

Dalam prosiding jenayah, dilepas tanpa dibebaskan atau discharged not amounting to acquittal (" DNAA" ) bermaksud tertuduh boleh dituduh semula di masa depan untuk pertuduhan yang sama. Walaupun begitu, apabila DNAA untuk kes mengedar dadah dan dituduh semula untuk memiliki, ini terjadi disebabkan mengedar dadah merupakan kes Mahkamah Tinggi kerana melibatkan hukuman mati manakala memiliki adalah kes Mahkamah Rendah (Majistret/Sesyen). Biasanya terjadi apabila laporan kimia dah keluar, jumlah berat dadah dah turun. Sebagai contoh, anggapan mengedar untuk ganja boleh diguna pakai untuk jumlah 200gram dan keatas [1] dan jika turun ke 199.9g sekalipun, biasanya* akan berubah menjadi pertuduhan memiliki [2]. Namun pertuduhan memiliki di bawah S. 39A(2) ADB** masih berat iaitu boleh dipenjara sehingga seumur hidup atau tempoh minimum 5 tahun penjara dan hendaklah disebat minimum 10 sebatan. *biasanya dinyatakan di sini kerana tidak ada jumlah minimum untuk pembuktian mengedar se...

Kemalangan Jalan Raya yang mengakibatkan Kematian

 Situasi: Anda membawa kereta melebihi had laju yang dibenarkan di jalan kampung. Ketika di simpang empat, lampu isyarat bertukar merah dan anda tidak sempat membrek. Motosikal dari arah laluan lain telah bergerak dan anda telah melanggar motosikal tersebut. Anda berhenti dan mahu membantu penunggang motosikal tersebut. Malangnya penunggang motosikal telah meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Anda dalam kegelapan. Apa yang bakal berlaku terhadap anda? Apabila berlaku kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian atau langgar mati, kebiasaannya kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967 (“APJ”). Pada peringkat awal, anda akan direman untuk pihak polis membuat siasatan terhadap kes anda. Sekiranya selepas tempoh reman pihak pendakwaan mendapati bukti mencukupi untuk pertuduhan, maka anda boleh didakwa atau dituduh di bawah Sekyen 41(1) APJ tersebut. Namun begitu, ketiadaan pertuduhan serta-merta selepas reman tidak bermaksud and...

Rayuan Pampasan untuk Pengambilalihan Hartanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Situasi: Anda mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung (“Hartanah tersebut”). Anda tinggal di atas Hartanah tersebut. Satu hari, anda menerima notis untuk pengambilalihan tanah oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (“APT”). Anda melantik jurunilai tanah dan mengemukakan dokumen penilaian tersebut semasa pendengaran nilai pampasan. Pentadbir tanah memberikan satu jumlah pampasan tetapi lebih rendah berbanding yang dinilaikan oleh penilai swasta yang telah dilantik oleh anda. Anda tidak berpuas hati dan ingin membuat rayuan terhadap jumlah pampasan yang diberikan tersebut. Apa yang anda boleh lakukan? Sebagai pemilik Hartanah tersebut, anda adalah pihak berkepentingan dalam tanah tersebut. Oleh itu, anda berhak untuk membuat satu rayuan atau rujukan kes anda ke Mahkamah Tinggi (“Rujukan Tanah”) bagi mendapatkan penilaian pampasan yang lebih baik atau tinggi. Walaubagaimanapun, prosedurnya berbeza daripada kes Sivil yang lain seperti kemalangan jalan raya atau pecah kon...

Ganja --- Sudut Jenayah - Apa yang Anda Wajar Tahu

Walauapapun pandangan anda tentang ganja, ini adalah daripada sudut undang-undang:- 1) Ganja adalah bahan terlarang di bawah Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).  2) Penanaman ganja adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 6B ADB dan boleh dihukum dengan penjara seumur hidup, dan sebat tidak kurang 6 sebatan. 3) Pemilikan ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB, dan boleh dituduh di bawah pelbagai peruntukan bergantung kepada berat. Pertuduhan paling berat untuk pemilikan ganja adalah di bawah S. 39A(2) ADB yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebat tidak kurang 10 sebatan. 4) Mengedar ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB  yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan. Walaubagaimanapun, syarat-syarat untuk menerima penjara seumur hidup adalah ketat. Oleh itu, hukuman mati amnya adalah hukuman lalai (default punishment) untuk kesa...

5 Perkara Penting dalam Perjanjian Bertulis

Ramai antara kita pernah berhadapan dengan situasi seperti ini:      ✏ memberi pinjaman kepada rakan tanpa faedah Bagi mengelakkan berlaku penipuan, kecuaian atau keculasan oleh pihak penerima wang dalam membayar hutang, maka cara yang baik adalah mewujudkan satu perjanjian bertulis antara pihak-pihak. Bersama ini saya kongsikan lima perkara penting yang perlu ada dalam perjanjian bertulis tersebut: 1.      Butiran Pihak-Pihak Nampak seperti   benda kecil, bukan? Tetapi butiran yang salah atau tidak tepat boleh menyebabkan anda terperangkap di masa hadapan. Anda juga perlu pastikan dengan pihak mana anda berurusan. Contoh:     ✏  Individu dan syarikat diperbadankan adalah dua entiti berbeza. Jika A beri pinjam kepada B (individu) tapi perjanjian mengatakan kepada C(syarikat sdn bhd), maka secara amnya, A tidak boleh tuntut hutang daripada B.     ✏  Individu yang tiada dalam perjanjian bukan pihak yang boleh ...

Had Masa bagi Tuntutan Sivil di Mahkamah

 Tuntutan sivil mempunyai had masa. Tidak semua tuntutan berkongsi had masa yang sama. Saya berikan beberapa contoh di sini:      ➤ A meminjam duit B dan memasuki satu perjanjian bertulis. Berdasarkan perjanjian tersebut, A perlu membayar wang tersebut pada 1/1/2022. A gagal bayar. Had masa tuntutan oleh B terhadap A adalah enam (6) tahun dari tarikh kemungkiran berlaku.      ➤ A adalah penjawat awam. A telah dibuang kerja atas alasan yang tidak munasabah. A dimaklumkan  pada 1/1/2022  bahawa beliau telah dibuang kerja. A mempunyai masa Sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemberhentian kerja dimaklumkan kepadanya atau makluman rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib ditolak (mana yang terkemudian) untuk memfailkan Semakan Kehakiman bagi mencabar pembuangan kerja tersebut.      ➤ A memiliki satu hartanah. Hartanah tersebut telah diambil oleh kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 dan telah diberikan pampasan awal ke...

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi

Terdapat satu salah tanggap bahawa tidak elok atau sesuai menyentuh soal harta pusaka apabila ahli keluarga baru meninggal dunia. Sebaliknya, daripada segi undang-undang, adalah lebih baik untuk menguruskan seawal mungkin. Apa yang tidak elok adalah bergaduh sesama keluarga untuk harta pusaka. Sebelum kita teruskan, sila ambil maklum bahawa Mahkamah Tinggi, Unit Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad mungkin mempunyai keperluan dokumen yang berbeza. Jika untuk Unit Pusaka Kecil, rujuk sini . Jika untuk Amanah Raya Berhad, rujuk sini . Manakala untuk Mahkamah Tinggi, salinan dokumen-dokumen asas yang diperlukan adalah seperti berikut:-      ✏ Sijil Kematian simati      ✏ Kad Pengenalan Waris dan Pentadbir      ✏ Sijil Nikah (bagi pasangan)      ✏ Surat Beranak (bagi anak-anak)      ✏ Senarai aset dan liabiliti simati (termasuk salinan dokumen aset dan liabiliti)    ...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...