Anda telah dituduh untuk kes jenayah. Anda tidak mahu kes berlanjutan dan memakan masa yang lama. Anda memilih untuk membuat pengakuan salah pada hari pertama anda dituduh tanpa sebarang nasihat guaman. Anda terkejut dengan hukuman yang diberikan oleh Majistret atau Hakim sedangkan anda menganggap anda akan dikenakan hukuman yang minimal. Anda kini mahu merayu terhadap sabitan dan hukuman kes anda. Bolehkah anda berbuat demikian? Tertuduh boleh mengaku salah pada bila-bila masa Hak pengakuan salah atau tidak bersalah adalah hak tertuduh sepenuhnya. Amnya, tidak ada yang menghalang tertuduh untuk membuat pengakuan bersalah pada hari pertama dituduh di Mahkamah walaupun tanpa kehadiran peguam. Pengakuan salah Tanpa Syarat Walaubagaimanapun, sebelum Mahkamah merekodkan pengakuan tersebut, Mahkamah perlu memastikan tertuduh memahami kesan dan akibat pertuduhan keatasnya termasuklah hukuman yang boleh dikenakan keatasnya. Mahkamah juga perlu memastikan pengakuan ter...
Batu Caves, Selangor