Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Jenis Ganti Rugi dalam Tuntutan Sivil akibat Kemalangan

  Apabila anda membuat tuntutan sivil di Mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi akibat kemalangan jalan raya, secara amnya terdapat dua jenis ganti rugi yang boleh dituntut iaitu ganti rugi am dan ganti rugi khas. Apa itu ganti rugi am? Secara amnya, ganti rugi am ini adalah ganti rugi untuk sesuatu yang tidak boleh dikira. Sebagai contoh, kecederaan yang anda alami akibat kemalangan akan diberikan di bawah ganti rugi am. Berapa jenis kecederaan, kawasan kecederaan dan jumlah keceraan turut diambil kira apabila sesuatu taksiran dibuat dalam menentukan jumlah sesuai untuk kecederaan yang anda alami. Sudah tentu, kecederaan besar akan menerima nilaian ganti rugi yang lebih tinggi berbanding kecederaan kecil. Prinsip asas pemberian ganti rugi bukanlah untuk mengayakan anda, tetapi memulangkan anda kepada keadaan asal sebelum kemalangan. Walaupun kita tahu, nikmat sihat itu tidak ternilai tetapi pemberian ganti rugi yang wajar perlu dinilai oleh Mahkamah agar kecederaan anda boleh ...

Spill the tea.

Spill the tea .  Ini boleh dikatakan trend terkini yang mana satu pihak menceritakan isu atau kisah kontroversi di media sosial.   Ada kesan baik ke? Kadangkala, isu kontroversi tersebut adalah betul dan memberikan kesan yang baik seperti tertangkapnya pelaku untuk satu-satu kejadian atau pihak-pihak bermaafan. Spill the tea juga boleh memberikan tekanan awam ( public pressure) agar satu-satu kes, terutamanya melibatkan kepentingan awam itu diberikan perhatian dan perhatian khusus. Anda boleh bayangkan dalam kes sebegini, orang awam bertindak seperti NGO dalam memperjuangkan sesuatu isu atau kes.   Tapi, mesti ada kesan buruk juga kan? Betul. Kebanyakan masa, isu kontroversi yang diceritakan di media sosial hanya berlegar dari sudut pandang satu pihak sahaja. Oleh itu, secara kasar, terdapat ketidakseimbangan di situ apabila pendengar atau pembaca tidak dapat mempertimbangkan fakta-fakta dengan lebih baik. Sedar atau tidak, budaya bercerita buruk di khal...

Saya terima surat tuntutan hutang, apa perlu saya buat?

Diam tanda setuju. Adat lama, jika si perawan berdiam diri ketika dirisik atau dipinang, maka itu tandanya beliau bersetuju. Apabila dilihat dari segi undang-undang pula, diam tanda setuju ini adalah terpakai setakat satu peringkat. Walaubagaimanapun, kebiasaannya diam tanda setuju ini akan membawa mudarat berbanding manfaat. Teruskan membaca untuk memahaminya. Saya menerima satu surat dari pejabat peguam berkenaan satu hutang kepada A. Apa perlu saya lakukan? Pertama sekali, jangan panik. Panik akan membuka ruang kepada anda untuk bertindak luar kawalan lantas boleh terjerumus ke lubang penipuan oleh penipu ( scammer ), contohnya. Apabila terima surat sedemikian, tarik nafas dan minum secawan kopi. Sudah tenang? Bagus. Kedua, baca surat tersebut dengan teliti. Lihat kandungannya. Amati butirannya. Selesai baca, tanya pada diri sendiri, betulkah ada berhutang dengan A? Saya tidak pernah berhutang dengan A Jika tiada dan hutang itu tidak pernah wujud, anda boleh menarik nafa...

Melindungi Identiti Kanak-Kanak

  Kanak-kanak seringkali dianggap sebagai aset masa depan sesebuah negara. Sebenarnya, mereka adalah lebih daripada itu. Kanak-kanak juga mempunyai akal fikiran, keperluan dan kemahuan. Kanak-kanak adalah manusia dan sebagai manusia, mempunyai hak-hak mereka sendiri. Antara hak kanak-kanak adalah perlindungan daripada stigma sosial. Stigma itu sendiri adalah satu perkataan yang memberi konotasi buruk. Stigma sosial boleh memberikan kesan mendalam terhadap orang dewasa, apatah lagi jika kanak-kanak yang mengalaminya. Akta Kanak-kanak 2001 adalah statut utama yang melibatkan kanak-kanak. Perubahan penggunaan perkataan “Kanak-kanak” itu sendiri berbanding statut lama yang mengguna pakai perkataan “Juvana” adalah satu perkembangan positif untuk melindungi kanak-kanak daripada stigma sosial dari segi label.  Statut tersebut, antara lain, memberikan pengakuan undang-undang bahawa kanak-kanak adalah invididu yang memerlukan perlindungan istimewa untuk penglibatannya dalam masyarakat....

Jangan buat laporan polis palsu!

Siapa yang boleh membuat laporan polis? Laporan polis, secara amnya, adalah satu pemberitahuan oleh mana-mana individu kepada pihak polis berkenaan sebarang aktiviti melibatkan jenayah untuk polis memulakan siasatan. Namun, terdapat juga keadaan yang tidak melibatkan jenayah tetapi memerlukan laporan polis. Sebagai contoh, laporan kemalangan dan kehilangan kad pengenalan.   Bagaimana dengan tuntutan sivil? Laporan polis juga dapat membantu, dalam sesetengah keadaan, sebagai dokumen sokongan dalam tuntutan sivil. Walaubagaimanapun, keperluan pembuktian kes dalam tuntutan sivil dan jenayah adalah berbeza. Kebiasaannya, laporan polis adalah rendah atau tiada nilai pemberatnya dalam tuntutan sivil melainkan jika kes sivil tersebut turut mempunyai elemen-elemen jenayah seperti penipuan dan pecah amanah.   Bolehkah saya membuat laporan polis yang palsu? TIDAK BOLEH. Terdapat sebilangan orang awam beranggapan bahawa bagi sesetengah keadaan, mereka boleh menipu butiran ...

Apabila kenalan ditahan oleh polis

Dua menantu saya telah ditahan polis, apa yang perlu saya lakukan? Sekiranya pak cik telah pun tahu menantu ditahan polis, kebarangkaliannya adalah pak cik atau ahli keluarga telah bercakap dengan menantu. Paling tidak, dimaklumkan oleh pihak polis berkenaan keberadaan menantu. Pada masa makluman keberadaan, ambil pen dan kertas, pakcik tanya dan catat, antara lain, 1)       di mana dan bila menantu ditangkap, 2)       atas kesalahan apa, 3)       balai mana menantu ditahan, 4)       nombor badan jika ada; dan 5)       butiran pegawai penyiasat (cth: nama, no telefon). Sekiranya menantu belum melantik peguam, pak cik atau ahli keluarga yang lain boleh melantik peguam bagi pihak menantu.   Berapa lama menantu saya akan ditahan? Sekiranya polis dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam, maka menantu akan dibebaskan atau didakwa sele...

Apabila Seorang Muslim Meninggal Dunia Tanpa Wasiat

  Ayah meninggal dunia tanpa wasiat untuk kami tiga beradik, bolehkah abang saya menetapkan pembahagian harta sesuka hati? Tidak boleh. Harta akan dibahagikan secara faraid untuk keluarga Muslim.   Bolehkah jika kami tidak mahu ikut faraid dan membahagikan secara sama rata? Boleh, jika KESEMUA WARIS BERSETUJU . Jika semua bersetuju, harta boleh dibahagikan mengikut persetujuan, sama ada sama rata atau lain-lain. Namun begitu, waris perlu mengetahui bahagian asal jika mengikut faraid sebelum bersetuju untuk pembahagian mengikut persetujuan. Ini bagi memastikan keadilan kepada pihak-pihak dan mengelakkan pertelingkahan di kemudian hari. JIKA ADA SEORANG WARIS PUN TIDAK BERSETUJU , maka harta akan diberikan mengikut faraid.   Bagaimana saya ingin mendapatkan nilai bahagian faraid ? Sekiranya melibatkan pusaka kecil (butiran di perenggan lain), Unit Pusaka Kecil mempunyai bidang kuasa sendiri untuk mengira nilai pembahagian berdasarkan faraid. Sekiranya meliba...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...