Skip to main content

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain (scam). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Jawapan:

Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK).

Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat. 

Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda.

Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda dan dendanya tidak melebih RM1,000.00

Walaubagaimanapun, pindaan telah dibuat terhadap Kanun Keseksaan yang memasukkan peruntukan baru bagi menangani kes scam dan keldai akaun:

Seksyen 424A KK denda min RM5,000.00 dan max RM50,000.00 dan/atau penjara min 6 bulan max 5 tahun

Seksyen 424B KK denda min RM10,000.00 dan max RM100,000.00 dan/atau penjara min1 Tahun max 7 tahun

Seksyen 424C KK penjara min 3 tahun max 10 tahun dan/atau denda min RM10,000.00 max RM150,000.00 

Peluang lawan kes akan bergantung kepada, antara lain, fakta dan dokumen kes. Sebagai contoh, fakta berkaitan pemberian akaun tersebut kepada pihak ketiga. Adakah anda juga ditipu? Atau anda sendiri yang memberi sewa akaun atau dapat imbuhan daripada pihak ketiga? Penglibatan anda dalam kes itu sendiri boleh memberi kesan terhadap bicara kelak.

Apabila dituduh dengan pertuduhan yang berat, antara yang boleh dipertimbangkan adalah menghantar representasi untuk turunkan pertuduhan sekiranya pendakwaan tidak bersetuju untuk gugurkan pertuduhan tapi anda tak mahu bicara. Contohnya daripada Seksyen 420 KK ke S. 424 KK/29(1) AKK. Apabila turun pertuduhan, anda perlu bersedia untuk menukar pengakuan dan mengaku salah.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda memerlukan akaun anda aktif, tidak kira akaun yang disalah guna atau akaun baru/lain, maka wajar ambil tahu bahawa terdapat risiko untuk akaun anda disekat sepenuhnya, dan tidak dapat membuka akaun baru apabila akaun anda sangkut sebagai keldai akaun/akaun scam. Ini termasuklah pengakuan salah bawah AKK dan anda didenda sahaja. 

Jika perkara di atas terjadi, dan pihak bank berkeras untuk tidak membenarkan anda membuka akaun semula, maka anda mungkin perlu membuat permohonan di Mahkamah Sivil pula untuk menggunakan akaun semula.

Selain itu, jika terdapat banyak aduan terhadap akaun anda, anda juga perlu bersedia untuk dituduh berulang kali di negeri berbeza. 

Bagaimana prosedur kes jenayah berjalan di Malaysia? Baca sini --- Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Perkara untuk dipertimbangkan sebelum membuat pengakuan salah, baca sini --- Pengakuan Salah dalam Kes Jenayah

Penafian: Pengetahuan am ini tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...