Skip to main content

Dilepas tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to Acquital) - DNAA

Dalam prosiding jenayah, dilepas tanpa dibebaskan atau discharged not amounting to acquittal ("DNAA") bermaksud tertuduh boleh dituduh semula di masa depan untuk pertuduhan yang sama.

Walaupun begitu, apabila DNAA untuk kes mengedar dadah dan dituduh semula untuk memiliki, ini terjadi disebabkan mengedar dadah merupakan kes Mahkamah Tinggi kerana melibatkan hukuman mati manakala memiliki adalah kes Mahkamah Rendah (Majistret/Sesyen). Biasanya terjadi apabila laporan kimia dah keluar, jumlah berat dadah dah turun.

Sebagai contoh, anggapan mengedar untuk ganja boleh diguna pakai untuk jumlah 200gram dan keatas [1] dan jika turun ke 199.9g sekalipun, biasanya* akan berubah menjadi pertuduhan memiliki [2]. Namun pertuduhan memiliki di bawah S. 39A(2) ADB** masih berat iaitu boleh dipenjara sehingga seumur hidup atau tempoh minimum 5 tahun penjara dan hendaklah disebat minimum 10 sebatan.

*biasanya dinyatakan di sini kerana tidak ada jumlah minimum untuk pembuktian mengedar sebenar(actual trafficking) termasuklah 1gram pun. Namun, amalan tidak terjadi begitu. [Rujuk ABDUL KARIM BIN PAK KUB & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR [1997] 2 MLJ 112]

**Akta Dadah Berbahaya 1952
[1] S. 37 ADB
[2] Pertuduhan memiliki berbeza mengikut berat. Minimum ganja untuk pertuduhan S. 39A(2) ADB adalah 50g. Jumlah berat untuk jenis dadah juga berbeza.

Moga bermanfaat. Dadah musuh negara.

Apakah undang-undang jenayah berkenaan ganja di Malaysia? Baca sini --- Ganja --- Sudut Jenayah - Apa yang Anda Wajar Tahu

Penafian: Pengetahuan am ini tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...