Skip to main content

Saya terima surat tuntutan hutang, apa perlu saya buat?


Diam tanda setuju. Adat lama, jika si perawan berdiam diri ketika dirisik atau dipinang, maka itu tandanya beliau bersetuju.

Apabila dilihat dari segi undang-undang pula, diam tanda setuju ini adalah terpakai setakat satu peringkat. Walaubagaimanapun, kebiasaannya diam tanda setuju ini akan membawa mudarat berbanding manfaat. Teruskan membaca untuk memahaminya.


Saya menerima satu surat dari pejabat peguam berkenaan satu hutang kepada A. Apa perlu saya lakukan?

Pertama sekali, jangan panik. Panik akan membuka ruang kepada anda untuk bertindak luar kawalan lantas boleh terjerumus ke lubang penipuan oleh penipu (scammer), contohnya. Apabila terima surat sedemikian, tarik nafas dan minum secawan kopi.

Sudah tenang? Bagus. Kedua, baca surat tersebut dengan teliti. Lihat kandungannya. Amati butirannya. Selesai baca, tanya pada diri sendiri, betulkah ada berhutang dengan A?


Saya tidak pernah berhutang dengan A

Jika tiada dan hutang itu tidak pernah wujud, anda boleh menarik nafas lega.  

Jika ada, maka berkemungkinan A telah melantik peguam untuk menguruskan kes hutang anda kepada A.


Jika tidak berhutang, surat ini saya boleh buang?

Sabar, jangan tergesa-gesa. Jangan terus simpan surat tersebut kerana boleh jadi butiran anda digunakan untuk berhutang dengan A. Lihat kepala surat tersebut, nama pejabat peguam itu. Jangan terus dail nombor tertera, sahkan dulu kewujudan pejabat peguam tersebut. Anda boleh merujuk https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/ untuk melihat kewujudan pejabat peguam tersebut.

Begitu juga jika anda berhutang dengan A, sahkan dulu kewujudan pejabat peguam tersebut. Pada masa kini, terdapat pelbagai taktik scammer untuk mendapatkan wang daripada mangsa.

 

Pejabat peguam tersebut wujud dan butiran seperti no telefon dan alamat adalah sama. Bolehkah saya menelefon terus pejabat peguam tersebut untuk mengetahui status surat tersebut?

Sekiranya pejabat peguam memang sah wujud, maka surat itu berkebarangkalian besar adalah surat tuntutan yang sah. Pada masa ini, tindakan yang baik adalah anda mendapatkan khidmat nasihat peguam bertauliah untuk kes anda.

Walaubagaimanapun, jika anda membuat keputusan mahu menguruskan sendiri pada peringkat awal ini tanpa melibatkan peguam, pastikan anda bersedia dengan pen dan sekeping kertas untuk catitan anda ketika menelefon pejabat peguam tersebut. Sebarang pengakuan, pemberian butiran diri atau kesilapan kata anda ketika menelefon mungkin akan membawa masalah kepada anda di kemudian hari.

Jangan menelefon dalam keadaan tergesa-gesa dan mungkin lebih baik anda bersedia dengan rangka soalan yang ingin ditanyakan kepada pejabat peguam tersebut. Catit butiran individu wakil pejabat peguam yang anda berurusan dengannya, masa dan waktu telefon serta butiran perbualan.


Proses itu pun sudah kedengaran rumit. Bolehkah saya abaikan sahaja surat tuntutan tersebut?

Inilah yang saya maksudkan “diam tanda setuju” dari segi undang-undang. Apabila anda berdiam diri terhadap tuntutan sivil yang sah seperti hutang tersebut, maka diam anda tersebut, dengan tidak berbuat apa-apa, boleh ditafsirkan sebagai satu persetujuan terhadap hutang tersebut dan kebiasaannya pejabat peguam akan memfailkan kes di Mahkamah atas arahan anak guam.

Sekiranya berdiam kepada notis tuntutan hutang yang sah, Mahkamah berhak untuk mentafsirkan bahawa berdiam diri tersebut adalah persetujuan kepada hutang tersebut, maka satu penghakiman boleh diberikan kepada A mengesahkan anda berhutang dengan A. Penghakiman tersebut bukan sahaja berkenaan jumlah hutang tetapi boleh termasuk kos dan faedah, maka jumlah boleh jadi lebih tinggi.

Apabila sesalinan penghakiman tersebut diserahkan kepada anda dan anda masih memilih berdiam diri dan tidak memohon untuk mengenepikan penghakiman tersebut dalam tempoh masa yang dibenarkan, maka diamnya anda boleh ditafsirkan sebagai bersetuju dengan penghakiman tersebut dan A boleh membuat permohonan untuk perlaksanaan penghakiman pula.

Perlaksanaan penghakiman termasuklah saman penghutang penghakiman, sita dan jual barang-barang anda atau kebankrapan. Kesemua perlaksanaan boleh membawa mudarat kepada diri anda.


Teruk juga ya kalau saya berdiam diri?

Diam tanda setuju dalam undang-undang bukanlah sesuatu yang menggembirakan sepertimana dalam prosedur ke alam perkahwinan maka berhati-hati dalam membuat keputusan anda.

Moga bermanfaat.

 

Penafian: Pengetahuan am ini tidak semestinya berjalan sepertimana yang dinyatakan di atas dan tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam anda yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...