Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

Ganja --- Sudut Jenayah - Apa yang Anda Wajar Tahu

Walauapapun pandangan anda tentang ganja, ini adalah daripada sudut undang-undang:- 1) Ganja adalah bahan terlarang di bawah Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).  2) Penanaman ganja adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 6B ADB dan boleh dihukum dengan penjara seumur hidup, dan sebat tidak kurang 6 sebatan. 3) Pemilikan ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB, dan boleh dituduh di bawah pelbagai peruntukan bergantung kepada berat. Pertuduhan paling berat untuk pemilikan ganja adalah di bawah S. 39A(2) ADB yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebat tidak kurang 10 sebatan. 4) Mengedar ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB  yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan. Walaubagaimanapun, syarat-syarat untuk menerima penjara seumur hidup adalah ketat. Oleh itu, hukuman mati amnya adalah hukuman lalai (default punishment) untuk kesa...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...