Skip to main content

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi

Terdapat satu salah tanggap bahawa tidak elok atau sesuai menyentuh soal harta pusaka apabila ahli keluarga baru meninggal dunia.

Sebaliknya, daripada segi undang-undang, adalah lebih baik untuk menguruskan seawal mungkin. Apa yang tidak elok adalah bergaduh sesama keluarga untuk harta pusaka.

Sebelum kita teruskan, sila ambil maklum bahawa Mahkamah Tinggi, Unit Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad mungkin mempunyai keperluan dokumen yang berbeza.

Jika untuk Unit Pusaka Kecil, rujuk sini.

Jika untuk Amanah Raya Berhad, rujuk sini.

Manakala untuk Mahkamah Tinggi, salinan dokumen-dokumen asas yang diperlukan adalah seperti berikut:-

    ✏ Sijil Kematian simati

    ✏ Kad Pengenalan Waris dan Pentadbir

    ✏ Sijil Nikah (bagi pasangan)

    ✏ Surat Beranak (bagi anak-anak)

    ✏ Senarai aset dan liabiliti simati (termasuk salinan dokumen aset dan liabiliti)

    ✏ Senarai waris/benefisiari

    ✏ Sijil Faraid (Sekiranya perlu - untuk keluarga Muslim sahaja)

Walaubagaimanapun, senarai di atas tidaklah muktamad. Mungkin akan ada lagi dokumen diperlukan tapi penyediaan awal dokumen-dokumen di atas dapat memudahkan urusan anda dengan peguam.

Moga bermanfaat.

Ingin tahu berkenaan prosedur am berkenaan harta pusaka keluarga Muslim tanpa wasiat? Boleh rujuk hantaran saya di sini --- Apabila Seorang Muslim Meninggal Dunia Tanpa Wasiat

Penafian: Pengetahuan am ini tidak semestinya berjalan sepertimana yang dinyatakan di atas dan tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam anda yang bertauliah.

 

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...