Skip to main content

Posts

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...
Recent posts

Pengakuan Salah dalam Kes Jenayah

Anda telah dituduh untuk kes jenayah. Anda tidak mahu kes berlanjutan dan memakan masa yang lama. Anda memilih untuk membuat pengakuan salah pada hari pertama anda dituduh tanpa sebarang nasihat guaman. Anda terkejut dengan hukuman yang diberikan oleh Majistret atau Hakim sedangkan anda menganggap anda akan dikenakan hukuman yang minimal. Anda kini mahu merayu terhadap sabitan dan hukuman kes anda. Bolehkah anda berbuat demikian?   Tertuduh boleh mengaku salah pada bila-bila masa Hak pengakuan salah atau tidak bersalah adalah hak tertuduh sepenuhnya. Amnya, tidak ada yang menghalang tertuduh untuk membuat pengakuan bersalah pada hari pertama dituduh di Mahkamah walaupun tanpa kehadiran peguam.   Pengakuan salah Tanpa Syarat Walaubagaimanapun, sebelum Mahkamah merekodkan pengakuan tersebut, Mahkamah perlu memastikan tertuduh memahami kesan dan akibat pertuduhan keatasnya termasuklah hukuman yang boleh dikenakan keatasnya. Mahkamah juga perlu memastikan pengakuan ter...

Dilepas tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to Acquital) - DNAA

Dalam prosiding jenayah, dilepas tanpa dibebaskan atau discharged not amounting to acquittal (" DNAA" ) bermaksud tertuduh boleh dituduh semula di masa depan untuk pertuduhan yang sama. Walaupun begitu, apabila DNAA untuk kes mengedar dadah dan dituduh semula untuk memiliki, ini terjadi disebabkan mengedar dadah merupakan kes Mahkamah Tinggi kerana melibatkan hukuman mati manakala memiliki adalah kes Mahkamah Rendah (Majistret/Sesyen). Biasanya terjadi apabila laporan kimia dah keluar, jumlah berat dadah dah turun. Sebagai contoh, anggapan mengedar untuk ganja boleh diguna pakai untuk jumlah 200gram dan keatas [1] dan jika turun ke 199.9g sekalipun, biasanya* akan berubah menjadi pertuduhan memiliki [2]. Namun pertuduhan memiliki di bawah S. 39A(2) ADB** masih berat iaitu boleh dipenjara sehingga seumur hidup atau tempoh minimum 5 tahun penjara dan hendaklah disebat minimum 10 sebatan. *biasanya dinyatakan di sini kerana tidak ada jumlah minimum untuk pembuktian mengedar se...

Kemalangan Jalan Raya yang mengakibatkan Kematian

 Situasi: Anda membawa kereta melebihi had laju yang dibenarkan di jalan kampung. Ketika di simpang empat, lampu isyarat bertukar merah dan anda tidak sempat membrek. Motosikal dari arah laluan lain telah bergerak dan anda telah melanggar motosikal tersebut. Anda berhenti dan mahu membantu penunggang motosikal tersebut. Malangnya penunggang motosikal telah meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Anda dalam kegelapan. Apa yang bakal berlaku terhadap anda? Apabila berlaku kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian atau langgar mati, kebiasaannya kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967 (“APJ”). Pada peringkat awal, anda akan direman untuk pihak polis membuat siasatan terhadap kes anda. Sekiranya selepas tempoh reman pihak pendakwaan mendapati bukti mencukupi untuk pertuduhan, maka anda boleh didakwa atau dituduh di bawah Sekyen 41(1) APJ tersebut. Namun begitu, ketiadaan pertuduhan serta-merta selepas reman tidak bermaksud and...

Rayuan Pampasan untuk Pengambilalihan Hartanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Situasi: Anda mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung (“Hartanah tersebut”). Anda tinggal di atas Hartanah tersebut. Satu hari, anda menerima notis untuk pengambilalihan tanah oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (“APT”). Anda melantik jurunilai tanah dan mengemukakan dokumen penilaian tersebut semasa pendengaran nilai pampasan. Pentadbir tanah memberikan satu jumlah pampasan tetapi lebih rendah berbanding yang dinilaikan oleh penilai swasta yang telah dilantik oleh anda. Anda tidak berpuas hati dan ingin membuat rayuan terhadap jumlah pampasan yang diberikan tersebut. Apa yang anda boleh lakukan? Sebagai pemilik Hartanah tersebut, anda adalah pihak berkepentingan dalam tanah tersebut. Oleh itu, anda berhak untuk membuat satu rayuan atau rujukan kes anda ke Mahkamah Tinggi (“Rujukan Tanah”) bagi mendapatkan penilaian pampasan yang lebih baik atau tinggi. Walaubagaimanapun, prosedurnya berbeza daripada kes Sivil yang lain seperti kemalangan jalan raya atau pecah kon...

Ganja --- Sudut Jenayah - Apa yang Anda Wajar Tahu

Walauapapun pandangan anda tentang ganja, ini adalah daripada sudut undang-undang:- 1) Ganja adalah bahan terlarang di bawah Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).  2) Penanaman ganja adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 6B ADB dan boleh dihukum dengan penjara seumur hidup, dan sebat tidak kurang 6 sebatan. 3) Pemilikan ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB, dan boleh dituduh di bawah pelbagai peruntukan bergantung kepada berat. Pertuduhan paling berat untuk pemilikan ganja adalah di bawah S. 39A(2) ADB yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebat tidak kurang 10 sebatan. 4) Mengedar ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB  yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan. Walaubagaimanapun, syarat-syarat untuk menerima penjara seumur hidup adalah ketat. Oleh itu, hukuman mati amnya adalah hukuman lalai (default punishment) untuk kesa...

5 Perkara Penting dalam Perjanjian Bertulis

Ramai antara kita pernah berhadapan dengan situasi seperti ini:      ✏ memberi pinjaman kepada rakan tanpa faedah Bagi mengelakkan berlaku penipuan, kecuaian atau keculasan oleh pihak penerima wang dalam membayar hutang, maka cara yang baik adalah mewujudkan satu perjanjian bertulis antara pihak-pihak. Bersama ini saya kongsikan lima perkara penting yang perlu ada dalam perjanjian bertulis tersebut: 1.      Butiran Pihak-Pihak Nampak seperti   benda kecil, bukan? Tetapi butiran yang salah atau tidak tepat boleh menyebabkan anda terperangkap di masa hadapan. Anda juga perlu pastikan dengan pihak mana anda berurusan. Contoh:     ✏  Individu dan syarikat diperbadankan adalah dua entiti berbeza. Jika A beri pinjam kepada B (individu) tapi perjanjian mengatakan kepada C(syarikat sdn bhd), maka secara amnya, A tidak boleh tuntut hutang daripada B.     ✏  Individu yang tiada dalam perjanjian bukan pihak yang boleh ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...