Ramai antara kita pernah berhadapan dengan situasi seperti ini: ✏ memberi pinjaman kepada rakan tanpa faedah Bagi mengelakkan berlaku penipuan, kecuaian atau keculasan oleh pihak penerima wang dalam membayar hutang, maka cara yang baik adalah mewujudkan satu perjanjian bertulis antara pihak-pihak. Bersama ini saya kongsikan lima perkara penting yang perlu ada dalam perjanjian bertulis tersebut: 1. Butiran Pihak-Pihak Nampak seperti benda kecil, bukan? Tetapi butiran yang salah atau tidak tepat boleh menyebabkan anda terperangkap di masa hadapan. Anda juga perlu pastikan dengan pihak mana anda berurusan. Contoh: ✏ Individu dan syarikat diperbadankan adalah dua entiti berbeza. Jika A beri pinjam kepada B (individu) tapi perjanjian mengatakan kepada C(syarikat sdn bhd), maka secara amnya, A tidak boleh tuntut hutang daripada B. ✏ Individu yang tiada dalam perjanjian bukan pihak yang boleh ...
Batu Caves, Selangor