Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Dilepas tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to Acquital) - DNAA

Dalam prosiding jenayah, dilepas tanpa dibebaskan atau discharged not amounting to acquittal (" DNAA" ) bermaksud tertuduh boleh dituduh semula di masa depan untuk pertuduhan yang sama. Walaupun begitu, apabila DNAA untuk kes mengedar dadah dan dituduh semula untuk memiliki, ini terjadi disebabkan mengedar dadah merupakan kes Mahkamah Tinggi kerana melibatkan hukuman mati manakala memiliki adalah kes Mahkamah Rendah (Majistret/Sesyen). Biasanya terjadi apabila laporan kimia dah keluar, jumlah berat dadah dah turun. Sebagai contoh, anggapan mengedar untuk ganja boleh diguna pakai untuk jumlah 200gram dan keatas [1] dan jika turun ke 199.9g sekalipun, biasanya* akan berubah menjadi pertuduhan memiliki [2]. Namun pertuduhan memiliki di bawah S. 39A(2) ADB** masih berat iaitu boleh dipenjara sehingga seumur hidup atau tempoh minimum 5 tahun penjara dan hendaklah disebat minimum 10 sebatan. *biasanya dinyatakan di sini kerana tidak ada jumlah minimum untuk pembuktian mengedar se...

Kemalangan Jalan Raya yang mengakibatkan Kematian

 Situasi: Anda membawa kereta melebihi had laju yang dibenarkan di jalan kampung. Ketika di simpang empat, lampu isyarat bertukar merah dan anda tidak sempat membrek. Motosikal dari arah laluan lain telah bergerak dan anda telah melanggar motosikal tersebut. Anda berhenti dan mahu membantu penunggang motosikal tersebut. Malangnya penunggang motosikal telah meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Anda dalam kegelapan. Apa yang bakal berlaku terhadap anda? Apabila berlaku kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian atau langgar mati, kebiasaannya kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967 (“APJ”). Pada peringkat awal, anda akan direman untuk pihak polis membuat siasatan terhadap kes anda. Sekiranya selepas tempoh reman pihak pendakwaan mendapati bukti mencukupi untuk pertuduhan, maka anda boleh didakwa atau dituduh di bawah Sekyen 41(1) APJ tersebut. Namun begitu, ketiadaan pertuduhan serta-merta selepas reman tidak bermaksud and...

Rayuan Pampasan untuk Pengambilalihan Hartanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Situasi: Anda mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung (“Hartanah tersebut”). Anda tinggal di atas Hartanah tersebut. Satu hari, anda menerima notis untuk pengambilalihan tanah oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (“APT”). Anda melantik jurunilai tanah dan mengemukakan dokumen penilaian tersebut semasa pendengaran nilai pampasan. Pentadbir tanah memberikan satu jumlah pampasan tetapi lebih rendah berbanding yang dinilaikan oleh penilai swasta yang telah dilantik oleh anda. Anda tidak berpuas hati dan ingin membuat rayuan terhadap jumlah pampasan yang diberikan tersebut. Apa yang anda boleh lakukan? Sebagai pemilik Hartanah tersebut, anda adalah pihak berkepentingan dalam tanah tersebut. Oleh itu, anda berhak untuk membuat satu rayuan atau rujukan kes anda ke Mahkamah Tinggi (“Rujukan Tanah”) bagi mendapatkan penilaian pampasan yang lebih baik atau tinggi. Walaubagaimanapun, prosedurnya berbeza daripada kes Sivil yang lain seperti kemalangan jalan raya atau pecah kon...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...