Spill the tea . Ini boleh dikatakan trend terkini yang mana satu pihak menceritakan isu atau kisah kontroversi di media sosial. Ada kesan baik ke? Kadangkala, isu kontroversi tersebut adalah betul dan memberikan kesan yang baik seperti tertangkapnya pelaku untuk satu-satu kejadian atau pihak-pihak bermaafan. Spill the tea juga boleh memberikan tekanan awam ( public pressure) agar satu-satu kes, terutamanya melibatkan kepentingan awam itu diberikan perhatian dan perhatian khusus. Anda boleh bayangkan dalam kes sebegini, orang awam bertindak seperti NGO dalam memperjuangkan sesuatu isu atau kes. Tapi, mesti ada kesan buruk juga kan? Betul. Kebanyakan masa, isu kontroversi yang diceritakan di media sosial hanya berlegar dari sudut pandang satu pihak sahaja. Oleh itu, secara kasar, terdapat ketidakseimbangan di situ apabila pendengar atau pembaca tidak dapat mempertimbangkan fakta-fakta dengan lebih baik. Sedar atau tidak, budaya bercerita buruk di khal...
Batu Caves, Selangor