Sedang malamku lena dipangku kekabu Dirimu melihat bintang beralas debu Setiap hirisan daging buat suapan Kau meneguk titisan kedurjanaan Berbanggalah kita mendabik dada Bahawa kaki berdiri sendiri Tangan menggenggam bumi Ya, usahaku sendiri Kamu yang lemah, malas dan tidak berfungsi Lahir di rumah jagaan Disambut dengan riang dan tawa Makan cukup, pakai cukup Pendidikan cukup Sudu besi, teruntung pula emas Baju baru, teruntung pula kapas Nah, kecukupan itu bukan pembantuku berjaya Aku bermula dari bawah, sama sepertimu Ya, usahaku sendiri Kamu yang lemah, malas dan tidak berfungsi Kau seret kakimu, gagahkan pupilmu Kerana tanpa mata yang terbuka Esokmu belum tentu Kita besar bikin polisi Kita yakin susah itu kita tahu Kecukupan itu bukan pembantu Kita tahu terbaik untuk kau dan aku Apa salahnya mengaku pejuang manusia Apa salahnya mengaku pejuang agama Apa salahnya mengaku pejuang kawan Apa salahnya mengaku pejuang lawan Cukup itu tak pernah membantu Ke...
Batu Caves, Selangor