Kanak-kanak seringkali dianggap sebagai aset masa depan sesebuah negara. Sebenarnya, mereka adalah lebih daripada itu. Kanak-kanak juga mempunyai akal fikiran, keperluan dan kemahuan. Kanak-kanak adalah manusia dan sebagai manusia, mempunyai hak-hak mereka sendiri. Antara hak kanak-kanak adalah perlindungan daripada stigma sosial. Stigma itu sendiri adalah satu perkataan yang memberi konotasi buruk. Stigma sosial boleh memberikan kesan mendalam terhadap orang dewasa, apatah lagi jika kanak-kanak yang mengalaminya. Akta Kanak-kanak 2001 adalah statut utama yang melibatkan kanak-kanak. Perubahan penggunaan perkataan “Kanak-kanak” itu sendiri berbanding statut lama yang mengguna pakai perkataan “Juvana” adalah satu perkembangan positif untuk melindungi kanak-kanak daripada stigma sosial dari segi label. Statut tersebut, antara lain, memberikan pengakuan undang-undang bahawa kanak-kanak adalah invididu yang memerlukan perlindungan istimewa untuk penglibatannya dalam masyarakat....
Batu Caves, Selangor