Skip to main content

Ganja --- Sudut Jenayah - Apa yang Anda Wajar Tahu

Walauapapun pandangan anda tentang ganja, ini adalah daripada sudut undang-undang:-

1) Ganja adalah bahan terlarang di bawah Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). 

2) Penanaman ganja adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 6B ADB dan boleh dihukum dengan penjara seumur hidup, dan sebat tidak kurang 6 sebatan.

3) Pemilikan ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB, dan boleh dituduh di bawah pelbagai peruntukan bergantung kepada berat. Pertuduhan paling berat untuk pemilikan ganja adalah di bawah S. 39A(2) ADB yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebat tidak kurang 10 sebatan.

4) Mengedar ganja adalah satu kesalahan di bawah ADB  yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan. Walaubagaimanapun, syarat-syarat untuk menerima penjara seumur hidup adalah ketat. Oleh itu, hukuman mati amnya adalah hukuman lalai (default punishment) untuk kesalahan mengedar.

5) ADB memperuntukkan anggapan dan sekiranya peruntukan anggapan diguna pakai terhadap Tertuduh bagi mana-mana kesalahan berkaitan ganja (dan dadah secara keseluruhan), maka beban adalah keatas Tertuduh untuk membuktikan sebaliknya.

6) Memasukkan ganja dalam badan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) ADB ("salah guna dadah"). Kesalahan berulang boleh membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 39C ADB dan boleh dihukum dengan penjara tidak kurang 5 tahun dan tak lebih 7 tahun, dan sebat tidak melebihi 3 sebatan.

Moga bermanfaat.

Ingin tahu prosedur kes Jenayah di Malaysia? - anda boleh merujuk hantaran saya di sini --- Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia


Penafian: Pengetahuan am ini tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat undang-undang atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi. Sila dapatkan nasihat guaman khusus daripada peguam yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...