Skip to main content

Jangan buat laporan polis palsu!


Siapa yang boleh membuat laporan polis?

Laporan polis, secara amnya, adalah satu pemberitahuan oleh mana-mana individu kepada pihak polis berkenaan sebarang aktiviti melibatkan jenayah untuk polis memulakan siasatan. Namun, terdapat juga keadaan yang tidak melibatkan jenayah tetapi memerlukan laporan polis. Sebagai contoh, laporan kemalangan dan kehilangan kad pengenalan.

 

Bagaimana dengan tuntutan sivil?

Laporan polis juga dapat membantu, dalam sesetengah keadaan, sebagai dokumen sokongan dalam tuntutan sivil. Walaubagaimanapun, keperluan pembuktian kes dalam tuntutan sivil dan jenayah adalah berbeza. Kebiasaannya, laporan polis adalah rendah atau tiada nilai pemberatnya dalam tuntutan sivil melainkan jika kes sivil tersebut turut mempunyai elemen-elemen jenayah seperti penipuan dan pecah amanah.

 

Bolehkah saya membuat laporan polis yang palsu?

TIDAK BOLEH. Terdapat sebilangan orang awam beranggapan bahawa bagi sesetengah keadaan, mereka boleh menipu butiran dalam laporan polis. Ini adalah TANGGAPAN YANG SALAH. Namun begitu, tanggapan ini sering berlegar di media sosial, antaranya melibatkan salah masuk wang ke akaun lain, kehilangan kad pengenalan dan tuntut hutang.

Memberi maklumat yang palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM dua ribu, atau kedua-duanya; atau maklumat yang melibatkan kelakuan jenayah/menghalang kelakukan jenayah/penangkapan pelaku jenayah boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika laporan polis yang palsu tersebut menyebabkan penjawat awam melaksanakan kuasanya yang sah dan mendatangkan bencana kepada orang lain, ianya adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM dua ribu atau kedua-duanya.

 

Tapi laporan saya tidak menyusahkan orang lain, cuma untuk saya mengelak didenda

TETAP TIDAK BOLEH. Tanggapan ini juga salah kerana laporan polis palsu tersebut akan memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis yang tidak akan berlaku jika tiada laporan polis tersebut. Apabila terdapatnya satu laporan polis, maka pegawai penyiasat perlu menyoal pengadu dan individu-individu berkaitan.

Bagi mengelakkan didenda, tiba-tiba anda dalam keadaan boleh dipenjara. Berbaloikah?

Selain daripada terjumlah kepada perilaku jenayah, butiran palsu dalam laporan polis juga akan menyukarkan tuntutan sivil. Apabila anda di Mahkamah, dalam kandang saksi, dengan sumpah bercakap benar, ditekan oleh peguam lawan dengan soalan berterusan, berapa lama anda yakin anda boleh bertahan dengan penipuan tersebut? (Ini bukan cabaran tetapi untuk renungan)

When people tell a lie about something, they have to make up a bunch of lies to go with the first one. ‘Mythomania’ is the word for it.” – Haruki Murakami, Norwegian Wood

 

Maklumat ini tidak semestinya berjalan sepertimana yang dinyatakan di atas dan tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai satu nasihat atau penyelesaian terhadap kes yang anda bakal, sedang atau telah hadapi.

Moga bermanfaat.

 

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Latihan Dalam Kamar (Pupillage/Chambering)

Anda baru tamat pengajian. Sebagai graduan undang-undang, anda berhasrat untuk menjalani latihan dalam kamar untuk didaftarai sebagai peguambela & peguamcara. Usai menyiapkan resume dan surat iringan, anda terus menghantarnya melalui emel kepada firma-firma guaman yang dihajati. Memandangkan anda tidak mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, anda tidak pasti sama ada sekiranya firma guaman yang mahu menerima anda sebagai pelatih bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Bersama-sama ini saya kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum memulakan latihan dalam kamar ("LDK"). 1.     Pengkhususan Terdapat pelbagai pengkhususan undang-undang, termasuklah litigasi sivil, litigasi jenayah, pemindahhakkan (conveyancing) dan korporat. Terdapat firma guaman yang membuat kesemuanya, tetapi kebiasaannya firma mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Oleh itu, sebelum menerima tawaran LDK, pastikan pengkhususan yang anda mahukan ada di firma guaman terseb...

Keldai Akaun

Soalan: Akaun saya telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk menipu pihak lain ( scam ). Malangnya, saya telah ditahan pihak berkuasa dan kini telah dituduh di Mahkamah kerana penglibatan akaun saya. Saya tidak mengaku salah dan kini dijamin oleh saudara saya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jawapan: Apabila akaun telah disalah guna untuk tujuan penipuan, kebarangkalian besar pemilik akaun akan dituduh di Mahkamah kerana laporan polis akan dibuat terhadap nombor akaun tersebut, walaupun pemilik tidak pernah berurusan dengan pengadu. Sekiranya terdapat banyak laporan serupa, maka kebarangkalian dituduh akan menjadi lebih tinggi. Terdapat tiga pertuduhan yang biasanya dikenakan terhadap pemilik akaun, iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan S. 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK). Seksyen 420 KK wajib penjara minimum 1 tahun dan sebat.  Seksyen 424 KK penjara dan/atau denda. Masih boleh pohon denda. Seksyen 29(1) AKK denda dan/atau penjara. Biasanya denda da...

Prosedur Am Mahkamah Jenayah di Malaysia

Mahkamah boleh menjadi satu tempat yang menggerunkan buat mana-mana individu, apatah lagi sekiranya melibatkan kes jenayah. Saya ceritakan serba sedikit prosedur Mahkamah Jenayah bagi pengetahuan kita bersama. Apabila anda telah ditahan untuk siasatan, pihak berkuasa akan memohon reman keatas anda. Reman boleh dipohon untuk dilanjutkan sekiranya pihak berkuasa mendapati keperluan berbuat demikian. Pada peringkat ini, anda sudah boleh melantik peguam untuk melawan penahanan reman. Apabila tamat reman, anda akan dilepaskan jika tiada tindakan lanjut atau dituduh di Mahkamah sama ada Mahkamah Majistret, Sesyen atau Tinggi. Sekiranya melibatkan kes jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Jika melibatkan kes separa jenayah, akan dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS). Sekiranya terdapat pelbagai pertuduhan, mungkin anda akan dituduh di pelbagai peringkat Mahkamah pada satu-satu masa.  Jika anda memilih untuk mengaku salah, anda dibenarkan untuk membuat rayuan mitigasi ...
MSofianCo Usually reply within a day
Hello, how may We help you? ...
Click me to start the chat...