Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah ciapan yang menyamakan peguam (bela) dengan iblis. Ciapan tersebut ditulis dalam jawapan kepada pautan rakaman video berkaitan kes yang diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan tiga tertuduh dalam kes bunuh di peringkat pendakwaan[1].
Ciapan dan/atau pemikiran tersebut bukanlah sesuatu yang asing dalam kerjaya guaman, terutamanya peguam bela. Apatah lagi kadangkala, akan keluar berita berkenaan peguam bela yang disiasat, ditahan dan/atau didakwa akibat salah guna kuasa dan/atau rasuah.
Bercanggahan dengan persepsi umum, sesuatu kes jenayah belum diputuskan apabila seseorang itu disiasat, ditahan ataupun didakwa. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Beban membuktikan satu-satu kes adalah atas bahu pendakwa atau yang menuduh, itulah prinsip undang-undangnya walau di manapun anda berada. Pendakwa raya perlu mengemukakan keterangan (evidence) yang membuktikan tertuduh melakukan jenayah. Sepanjang masa, pendakwa raya perlu memastikan pembuktian melebihi keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)[2].
Peguam bela terikat dengan etika kepeguaman[3] dan bertindak sebagai pegawai Mahkamah (officer of the court). Peguam bela perlu membantu pihak Mahkamah membuat keputusan yang adil dan saksama. Adil adalah tanda aras yang tinggi dan keputusan yang adil itu mungkin tidak selalunya enak di telinga yang mendengar untuk menerimanya. Peguam bela perlu membawa kesnya dengan mengemukakan kesemua pembelaan yang ada namun setakat undang-undang membenarkan sahaja. Peguam bela tidak dibenarkan untuk memperdayakan Mahkamah dan pelbagai peraturan lagi yang mengikat para peguam. Bukanlah sesuka hati membawa dan membela sesuatu kes dan semestinya tidak berbuat apa saja untuk menang tetapi hendaklah menuruti pelbagai peraturan. Kegagalan menurut peraturan yang ditetapkan boleh membawa padah kepada kerjaya guamannya.
Bolehkah peguam membela orang yang bersalah?
Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Itu prinsipnya. Bagaimana jika anak guam mengaku kepada peguamnya bahawa beliau telah melakukan kesalahan seperti mana pertuduhan? Pengakuan ini dilindungi oleh komunikasi professional[4]* dan pengakuan ini tidak mengganggu tugas peguam bela untuk membela anak guam walauapapun tanggapan peribadinya terhadap kebersalahan anak guam. Bahkan pengakuan tersebut tidak menjadikan anak guam bersalah. Peguam bela bukan hakim. Penzahiran pengakuan tersebut boleh terjadi atas pelbagai sebab dan fakta yang menjurus kepadanya, maka sekali lagi, peguam bela bukan hakim untuk memutuskan kes anak guamnya. Itu bukan tugasnya. Peguam tidak berada di tempat kejadian dan bukan saksi langsung kejadian. Faedah keraguan perlu diberikan kepada anak guam. Keistimewaan tersebut adalah penting supaya anak guam berlaku jujur kepada peguam agar peguamnya dapat memberikan nasihat undang-undang yang baik. Cerita separuh masak akan mengundang nasihat separuh masak juga.
Peguam bela berperanan untuk memberikan nasihat perundangan termasuklah mengenai pengakuan salah di Mahkamah. Namun, itu adalah pilihan anak guam. Bukan peguam bela, bukan keluarga. Jika anak guam tetap menuntut bicara, maka perbicaraan adalah jalannya.
Salah faham yang selalui kedengaran adalah peguam bela memutar belit fakta. Peguam bela tidak putar belit fakta. Peguam bela membela mengikut kod etika yang ketat. Tugas peguam bela adalah membangkitkan keraguan munasabah terhadap kesnya. Bukan keraguan sesuka hati. Jika dapatan Mahkamah adalah adanya keraguan munasabah, itu menunjukkan bahawa kes tersebut bukan satu kes yang kukuh dan selamat untuk mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan. Mungkin dalam satu-satu kes, benar anak guam melakukan kesalahan, tetapi tindakannya dilindungi oleh dalihan am (general defence) seperti mempertahankan diri, tidak sempurna akal atau keperluan. Boleh jadi, terdapat kecacatan pada bahan bukti dan sebagainya. Maka, peguam belalah yang akan membawa dalihan atau pembelaan yang lain ke dalam kes anak guamnya untuk pertimbangan pihak Mahkamah.
Peguam bela tidak melindungi kezaliman tapi memastikan hak anak guam tidak dizalimi. Peguam bela akan memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan yang adil dan pembelaan anak guam didengar di Mahkamah. Tugas peguam bela itu bukan bermaksud memastikan dan/atau menjanjikan anak guam menang atau dilepas dan dibebaskan. Sekiranya setelah meneliti segala keterangan di Mahkamah, Hakim memutuskan anak guam bersalah maka itulah keputusannya. Anak guam berhak untuk merayu jika terkilan dengan keputusan tersebut.
Sekiranya pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya, pihak pendakwaan dibenarkan merayu ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi untuk pemutusan kes oleh Hakim Rayuan sekiranya ada kekhilafan ketika di peringkat Mahkamah Bicara. Apabila pendakwaan diberikan peluang ini, sudah tentu hak dan peluang yang sama perlu juga diberikan kepada tertuduh.
Perlu kita tahu bahawa peguam bela adalah pegawai Mahkamah terlebih dahulu sebelum peguam kepada anak guam. Ini ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cheah Cheng Hoc v. Public Prosecutor[5],
“It is very important for a Counsel to remember that whatever may be his duty to his client his duty to the Court remains paramount in the administration of justice.”
Kata kunci di sini adalah pentadbiran pengadilan. Peguam bela akan bertindak dalam kapasiti professional dalam pembelaan anak guam dan perlu sentiasa memerhatikan langkah, tutur bicara dan kelakuannya ketika berkerja agar satu keadilan boleh dicapai dan diputuskan oleh Mahkamah. Jika peguam bela telah melaksanakan tugas professionalnya sebaik-baiknya dan mengimbangi tanggungjawabnya dalam memastikan keadilan tercapai dalam membantu Hakim membuat keputusan, maka tidak timbul isu peguam membela orang yang bersalah. Setiap kes perlu diadili secara sendiri berdasarkan fakta kes tersebut.
Peguam bela dibayar untuk membela orang yang bersalah?
Peguam bela berkerja dan sepertimana perkerjaan yang lain, khidmatnya perlu dibayar namun wang yang dibayar walau sebanyak mana tidak sedikitpun menyebabkan peguam bela boleh lari dari etika dan tanggungjawab yang ditetapkan. Peguam bela berhak untuk memutuskan pertalian professional dengan anak guam sekiranya terdapat tindakan-tindakan anak guam atau sebab-sebab lain yang bercanggahan dengan etika ditetapkan. Wang yang dibayar adalah atas titik peluh menjalankan kerja professional bukan wang untuk melakukan sebarang tindakan salah.
‘Tapi ada peguam menipu? Tapi ada peguam diputuskan bersalah sekian-sekian?’ Itu pukul rata. Sekiranya pendekatan pukul rata diambil, perkara yang sama boleh dibuat terhadap segala perkerjaan yang lain. Martabat sebuah perkerjaan tidak hidup dengan puji, tidak mati dengan keji. Termasuklah kerja yang sedang anda laksanakan ketika ini, biar apa pun pekerjaan itu. Niat memainkan peranan penting dalam apa pun pekerjaan kita, betul?
Kesimpulan
Zaman teknologi ini, sesuatu yang tular adalah bersifat neutral pada asalnya. Kandungan dan/atau sebab tular akan menentukan positif dan negatif berita dan kesan tular tersebut. Enak menulis dan kongsi di sebalik papan kekunci dan skrin sehinggalah diri kita yang menjadi bahan tulisan dan kongsian. Begitu juga kes-kes jenayah. Keseronokan menjadi hakim atau peguam tidak bertauliah untuk kes orang lain akan terhenti apabila diri sendiri atau keluarga menjadi pihak dalam kes tersebut (moga dijauhkan). Mudah untuk marah dan membuat persepsi sendiri apabila melihat rakaman video, berita, tulisan atau apa-apa sahaja ‘bahan bukti’ yang tular dan membuat keputusan bahawa si polan atau si polan bersalah atau tidak bersalah. Mudah-mudahan setiap kes jenayah yang wujud menjadi iktibar kepada diri kita.
[1] https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1876968
[2] Seksyen 173(m) dan 182A Kanun Tatacara Jenayah
[3] Kaedah-kaedah Profesion Guaman (Amalan dan Etiket) 1978
[4] Seksyen 126 Akta Keterangan 1950. *Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian terhadap keistimewaan peruntukan ini.
[5] Cheah Cheng Hoc v. Public Prosecutor [1985] 1 MLRA 353
Penafian: Artikel ini adalah penerangan am berkenaan tugas peguam bela sahaja dan bukan satu nasihat undang-undang. Sebarang keperluan untuk khidmat dan nasihat perundangan hendaklah dirujuk kepada mana-mana peguam bertauliah.

Comments
Post a Comment