Sedang malamku lena dipangku kekabu
Dirimu melihat bintang beralas debu
Setiap hirisan daging buat suapan
Kau meneguk titisan kedurjanaan
Berbanggalah kita mendabik dada
Bahawa kaki berdiri sendiri
Tangan menggenggam bumi
Ya, usahaku sendiri
Kamu yang lemah, malas dan tidak berfungsi
Lahir di rumah jagaan
Disambut dengan riang dan tawa
Makan cukup, pakai cukup
Pendidikan cukup
Sudu besi, teruntung pula emas
Baju baru, teruntung pula kapas
Nah, kecukupan itu bukan pembantuku berjaya
Aku bermula dari bawah, sama sepertimu
Ya, usahaku sendiri
Kamu yang lemah, malas dan tidak berfungsi
Kau seret kakimu, gagahkan pupilmu
Kerana tanpa mata yang terbuka
Esokmu belum tentu
Kita besar bikin polisi
Kita yakin susah itu kita tahu
Kecukupan itu bukan pembantu
Kita tahu terbaik untuk kau dan aku
Apa salahnya mengaku pejuang manusia
Apa salahnya mengaku pejuang agama
Apa salahnya mengaku pejuang kawan
Apa salahnya mengaku pejuang lawan
Cukup itu tak pernah membantu
Kerana susah itu kita tahu.
Comments
Post a Comment